kawan-kawan

Saturday, May 18, 2013

MAK :'(

assalamualaikum mak.i miss u so much.
sebulan lebih tak balik jumpa mak. nira rindu mak sangat. kalau boleh hari-hari nak peluk,cium mak.
bila rindu, hanya call dan mesej je yang mampu nira buat. mak selalu ada time nira susah dan senang. tapi nira gagal jadi anak yang baik mak. kalau boleh hari-hari nak minta maaf kat mak. banyak salah yang nira buat dari kecil sampai nira besar. mak sabar dengan nira. nira tau banyak benda yang mak kena fikir selain nira. nira harap sangat nira mampu balas semua ni. nira minta maaf ye mak. i love u so much. setiap detik,setiap saat,setiap masa. tiada siapa yang mampu ganti mak dalam hidup nira. tiada yang sama. :'(




-i love u mak :)-

special for you ATIKAH.


HAPPY BELATED BIRTHDAY SAYANG :(
sorry sebab baru sekarang nak bagi benda2 ni. hadiah nanti ye :) tunggu bulan 9.

Saturday, November 24, 2012

wajah baru dan tampil baru.


assalamualaikum. hai awak. :)
sekian lama tak berblog ni. sibuk dengan pratikal dan study untuk final.
finally, blog dah siap di cantikkan.
<3 jannah.

Saturday, February 18, 2012

jogathon untuk KAMI :)

assalamualaikum kawan-kawan :)


hihi.harini kul 5.30 pagi lagi aku da bangun. semangat nih nak gi JOGATHON.hahaha. memang hajat nak menang la kan. tapi apekan daye. aku memang slow kalau lari ni. so 6.30 pagi lagi dah gi daftar. after daftar makan roti and air yang dibekalkan. so dalam 7.30 camtu kiteorg buat streatching. then berkumpul la kan dekat gate. ramai2. aku pun tade la excited na berlari. ni 1st time lari tnpa berhenti. aku lari gan kawan aku zahidah ♥ . so dalam 5 kilometer gak lak kiteorg kene lari. kiteorang lalu 4 checkpoint. ak tamatkan larian sebelum kul 9 :) malas cite panjang-panjang. gambar pun ta banyak. tengok jela ap yang ade.



















gambar lompat-lompat tu takde kena mengena dgn jogathon. hahaha. itu ROOMATE sy :) kami suka lompat. hahaha. the end dah cite nye. byebye.

Friday, February 17, 2012

wanita.

assalamualaikum kawan-kawan. :)

before awak orang semua baca blog ni. hayatilah lirik lagu ni

WANITA by DEHEARTY

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



apa MAKSUD wanita????
W : wadah (kasih sayang)
A : akal
N : nadi
I : istiadzah (mohon perlindungan)
T : taat
A : amanah


indah betul WANITA dijadikan. indah betul maksud WANITA. indah betul peranan WANITA. indah betul WANITA di sisi lelaki. indah betul menjadi WANITA.
WANITA diciptakan untuk LELAKI.

wanita sangat merupakan insan yang unik. insan yang berhati lembut. insan yang ingin dikasihani. insan yang ingin dibelai.peranan wanita sangat besar. salah satunya mestilah mengandungkan dan melahirkan insan yang digelar anak. sebab tulah SYURGA kita di bawah kaki ibu kita. setiap kata-kata ibu kita merupakan satu doa tetapi setiap kata dari ayah hanyalah kata-kata dan setiap doa dari ayah merupakan satu doa.wanita juga merupakan insan yang menjadi pendamping kepada lelaki ketika susah atau senang.jadilah wanita yang menjadi isteri di rumah, kawan ketika di luar, dan penunjuk jalan kebenaran ketika suami di dalam kesusahan.wanita juga membawa kejayaan kepada sebuah kerajaan dan wanita jugalah meruntuhkan sebuah kerajaan.besarkan peranan sebuah wanita. jadilah kita seorang wanita yang solehah. jadilah kita sebagai anak dan isteri yang solehah. insyaAllah.

-setiap apa yang dikatakan untuk kali ini adalah cetusan idea aku lepas dengar ceramah sempena sambutan maulud. apa yang ditulis hanyalah pandangan aku semata-mata. harap setiap yang ditulis tidak menguris hati korang. hope all of of u enjoy the reading :)

Wednesday, February 15, 2012

hebat :)

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan :)tajuk hari ni HEBAT ye kawan-kawan. hope cerita nyee hebat lah kan. aku nak cerita pasal hebatnya ciptaan ALLAH s.w.t .

Daripada sebuah perkenalan jadilah persahabatan dan terbentuk lah sebuah masjid yang di bina dengan satu harapan iaitu PERKAHWINAN (pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar). okayy aku tau semua nak kahwin. lagi-lagi yang tengah HOT-HOT couple tuh kan. hahaha. kahwin tuh indah sangat. apatah lagi kalau kita kahwin dengan pilihan hati kita kan :) tapi kahwin bukanlah satu permainan malah perkahwinan ialah satu IBADAH dalam islam.


Daripada sebuah perkahwinan wujudlah sebuah perasaan antara suami dan isteri untuk mempunyai anak.Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Bukhari)


Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum diproses. Ibu bapalah yang akan membentuk dan membuatnya mengkilap sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak.










Indahkan semua ni. MasyaAllah. tak pernah kita terfikir. begitu rapi Allah s.w.t mencipta semua ni. cuba korang tengok video ni. betapa HEBATnya kita dicipta. ♥


bila usia meningkat, kita akan semakin tua.sinarilah hidup kita dengan ibadat yang telah diwajibkan agar ia selari dengan matlamat kita untuk hidup di dunia ini :)




moral daripada apa yang aku cuba sampaikan ni adalah hargailah setiap ciptaanNYA. kerana ciptaanNya begitu unik dan mempunyai fungsi yang tersendiri. hargailah apa yang ada di hadapan mata kita. Hargailah ibu,ayah,adik-beradik,guru,kawan-kawan dan semua orang yang berada di dunia ini.semoga korang faham okay. peace ♥

Saturday, February 11, 2012

wanita solehah :)

~ASSALAMUALAIKUM~



:) lama tak update blog sebab ketandusan idea. so bile bangun pagi je terasa na update blog tentang WANITA SOLEHAH ♥ . semua wanita kat dunia ni nak jadi wanita solehah kan. indah betul kalau dapat jadi wanita solehah. nak menjadi wanita solehah tak susah tapi tak senang jugak.nak jadi wanita solehah ni ada 2 syarat je.antara syaratnya adalah taat kepada Allah s.w.t & rasul dan taat kepada suami.mudahkan tapi susah untuk kita laksanakan semua ni. sebab banyak syaitan disekeliling kita yang cuba mensesatkan kita.


untuk mentaati Allah & Rasul :

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga

untuk mentaati suami :

- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.

- Tidak cemberut di hadapan suami.

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami.

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga

~mencintai suami itu perkara yang indah tetapi ingatkanlah kepada suami kita bahawa dia orang yang ketiga dalam hati kita kerana yang pertama ialah Allah s.w.t dan yang kedua ialah Rasul.~
selamat membaca:)

Monday, January 16, 2012

:(

assalamualaikum untuk semua readers.entry kali ni agak pelik sebab aku buat muka sedih kan. entry ni untuk arwah abang ipar aku yang telah pergi menghadap ilahi pada 13.01.2012 pada pukul 6 pagi.

6.45 a.m. :
aku baru siap solat subuh. tengah2 aku nak gantung sejadah tiba2 phone aku bunyi. ingatkan sape call pagi2 buta ni. rupanya akak aku call. then aku pun angkat. tak jangka dengan apa yang dia akan cakap. aku pun cakap gan die.

aku : hello,k.tik nape call?
k.tik :'menangis tak henti2'
aku : nape ni. cakap la elok2.
k.tik : abg usop meninggal.
aku : haaa. jgn main2.
k.tik : call tny mak.
aku : ok.
k.tik : nti k.tik ambk kat kolej.

aku tersentap dengan ape yang akak aku cakap. terus menangis dan terduduk. tu je yang aku mampu buat waktu tu. terbayangkan anak saudara yang masih kecil dengan keadaan akak aku yang lemah tanpa suami di sisi. aku call mak. dan mak bagitau abg usop dah pergi menghadap ilahi dan suruh aku balik.lepas tu aku call k.farah suruh die sabar. sambil menangis dia cakap "alah speechless". aku pun ckp nnti aku call balik.

7.00 a.m
siap2 pakai baju dan tudung nak pergi kelas. aku pun call penyelaras aku nak bagitau aku nak balik. ingatkan boleh settle terus. pastu aku text ketua warden nak balik. otw nak pergi kelas. penyelaras call cakap ketua program tak bagi balik sebab abg ipar bukan waris terdekat. memang maki habis la kan. aku menangis dan terus menangis. then aku dapat mesej dari ketua warden yang ak dapat balik tapi aku bagitau dia yang aku tak dapat balik sebab ketua program tak bagi.

7.30 a.m
aku sampai kelas. aku duduk then aku menangisalgi. sebab fikir tak dapat balik dan aku sedih sebab cepat betul abg usop pergi tinggalkan kiteorang.tiba2 penyelaras aku call die cakap aku bagi balik itupun lepas akk aku mara. *even abg ipar aku bukan waris terdekat aku. tapi dia ibarat abg kandung aku. dia tak pernah anggap family aku ni mcm org asing. so kelas pun start. ketua program masuk kelas then jmp aku mention yang aku boleh balik. tapi dia bagi sehari je cuti. alhamdulillah dapat jugak cuti. so kelas pun bermula. sepanjang kelas aku nangis sebab tak tahan sangat.

9.30 a.m
kelas pun habis. penyelaras suruh aku isi form emergency leaves. thank sangat2 kat yana,k.zee && zahidah sebab teman aku settle benda nak balik tuh. mula2 gi ambik buku balik kampung. dalam perjalanan ade la seorang kwn aku ni text yana. wish takziah kat aku. thanks to izzati. pastu kiteorang g la pejabat. dgn mata bengkak minta borang semua. siap je isi form tuh. terus g jmpa penyelaras. lepas tu g balik bilik warden. lepas tu gi balik pejabat nak cop. sangat penat. sampai yana tak makan.sory yana :( menyusahkan kau.

10.00 a.m
kelas puan thana pun start. kiteorang masuk 10 minit lewat sebab jauh perjalanan nak uruskan pasal balik tuh. aku kene attend kelas tuh sbb penting untuk aku. so masuk je. puan tny ak balik bile. so ak jwab la ak balik bila akk ak smpi. so die srh ddk. ak pun ddk la. spnjang kls dia kdg2 ak ad ngs. aku pun ta perasan. sbb semua tuh involuntary reaction. tgh2 kelas tuh ade sorg classmate aku yg baik. dia mesej ak. dia suruh aku kuat. thanks to dibah sebab bagi aku semangat selama aku sedih.so jam menunjukkan kul 11.15 a.m. akk ak pun text ckp dia da smpi dari kl. aku pun ckp la ak ad kls lagi. puan pun ckp kul 12 ak blh balik. bila kul 12 dia ta bagi balik lagi lakk. dia ckp balik 12.15. ak pun mcm bengang kan. p sabar jela.bila kelas je abis. ketua kelas aku pun panggil aku.then aku pergilaa. tengok dia bagi duit derma tu abg ipar aku. THANKS SANGAT DEKAT GROUP NURSING 2/11. aku hargai sangat. bagi pihak akk aku. ak ucapkan terima kasih.

12.30 p.m
ak gan akk aku start balik ke mersing dulu. yee sangat sedih sepanjang perjalanan. banyak yang kiteorang borakkan pasal abg usop. tak sangka dia pergi dulu. tapi nak buat mcm manakan ajal dia da sampai. aku redha. dlam berborak tu. kiteorang salah masuk highway. aduh memang bengang la kan. tapi kiteorang redah gak.

2.30 p.m
around pukul 2.30 kiteorang sampai mersing. dalam keadaan hujan. kiteorang cari hospital.bila sampai hospital je. k.tik terus peluk abah menangis. ak try untuk jadi cool. tapi gagal bial abah peluk aku. satu per satu air mata gugur kat pipi aku. then abah suh gi tengok mak. bila gi kat mak. jenazah nak gerak balik pahang. aku terpandang kat anka buah aku * abang n adik. sebak sangat rase bila tengok abang pandang je van jenazah. seolah2 dia tau yang abah dia da pergi tinggalkan dia. sebelum van bergerak akk aku sempat peluk aku. menangis kesedihan.*nira tau alah kuat hadapi semua ni.

4.00 p.m
from mersing to mentakab,pahang. dari kul 4 kiteorang gerak. kiterang samapai around pkl 8 mcm tu. mmg byk hlgan. dgn banjir dan hujan. bila perjalanan jauh memang penat sbb kene berhenti rehat semua. tapi alhamdulillah semua selamat.

*aku tak igt sampai pkul berapa. tapi ak,k.tik n adk smpai dulu kat rmh arwah. lepas park je kereta kiteorang masuk rumah. mmg rmai sgt sdra mara,n kwn2 arwah. msk2 rmh je. ak tgk rmai yang mngs. then lepas jenazah da dibawa masuk ke rumah.kiteorang boleh tengok jenzah. YA ALLAH. suci sungguh muka jenazah. ak tak smpai hati tgk lame2. lepas dah solat jenazah selamat dikebumikan.akk aku pun okay. tak la menangis. just pretending to be cool. tapi itu lebih bagus drpda mrtapi kmtian arwah.mlm tuu bila aku tny adk mana abah. adk ckp'abah sakit'. :'(

*keesokan harinya. ak,k.fara(isteri abg usop),k.diah(adk arwah),abg n adk gi kubur. dah siap baca yassin. akk aku pun suruh abg siram air. abg pun siram. adk pun siram. bila nak balik tu sedih sangat bila abg cakap" d tidur dlm ni. bye2 d. esok abg dtg lagi. " menitis2 air mata aku.{abg pgl abah dia d. dieorg sgt rapat}.pda pkl 12.30 p.m nyee aku pun gerak balik jb.

*semasa arwah hidup. arwah baik sangat.arwah selalu settlekan msalah. ape2 masalah. arwah cool n suka buat lawak. kiteorang akan rindu gelak tawa arwah. arwah sangat baik terhadap akak aku. aku tak mungkin dapat abg ipar sebaik dia. ape2 pun. salam takziah buat keluarga abg usop dan alah. nira tau korang kuat untuk hadapi semua ni. setiap yang terjadi ade hikmahnya. janganlah bersedih sebab setiap yang hidup pasti ade penghujungnya. sedekahkanlah alfatihah buat arwah.semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman. amin. buat dik dan abang mama ya n mama tik,atuk,p.long,nnk. always ade gan korang. sampai bila2.


aku akan pastikan family ni selalu tersenyum :) insyaallah.


-->kepada kawan2 facebook. n kwn2 lain. thanks sebab ucap takziah. thanks sebab ambil berat ♥

Sunday, December 4, 2011

ombak rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


OMBAK RINDU ♥



cerita ni best sangat. dari mula tengok movie sampai habis movie. menangis je. jalan cerita die sangat best. even aku dah penah bace novel die. but aku pun lupa cerita lam novel macam mane :) hehe. btw. sape2 yang belum tengok cerita ni. baik pergi tengok. memang takkan menyesal.

Sunday, November 27, 2011

salam MAAL HIJRAH

1 muharam 1432(7 disember 2010) merupakan hijrah bagi umat islam. semoga pada tahun ini umat islam berhijrah lebih kepada arah kebaikan. insyaallah. semoga apa yang dilakukan diberkati oleh ALLAH S.W.T.

doa akhir tahun

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam


ertinya :

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya


doa awal tahun

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam


ertinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

semoga setiap perkara yang dilakukan sentiasa lebih baik daripada yang pernah dilakukan.amin :)


Friday, November 25, 2011

ALLAH S.W.T create everything


Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.~~La-Tahzan :)

Monday, November 21, 2011

we are the CHAMPION

buat sekian kalinya MALAYSIA MENANG. 
huuray. congrats HARIMAU MALAYA. 
I LOVE U ALLS!!


satu bilik menjerit kegembiraan. dah la esok cuti. yeah lagi bersemangat lahh kiteorang tengok :) sampai layan kat chanel thailand. hahaha. lucu. tengok lahh video ni. betapa SEMANGAT ROOMATE AKU. hehehe. papepun aku bangga jadi orang MALAYSIA.

#papepun.kepada INDON. terimalah hakikat bhawa korang kalah.setiap pertandingan ade kalah dan menangnye.korang unlucky harini.

perfect :)


just nak share gan korang. die ni comel kan. die my youngest sister :)yeahhh.

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together


i♥u :)**GOODLUCK for your PMR my dear. 
semoga dapat straight A.
nanti dapat straight A akak belanja.

Sunday, November 20, 2011

duduk antara dua sujud.

maksud DOA duduk antara dua sujud.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Friday, November 18, 2011

ily :p

haissh. berapa minggu je lagi aku nak balik. tu pun kalau aku LULUS final exam. i wish i pass the exam. :) and berapa minggu je lagi aku na meet bestie aku. yeah!! tkah pluss kema. rindu gilerr kat dieorang. rindu na bergossip. hehe. nanti aku balik kte kuar same2 k. yelah lame sangat dah ta meet. masing2 belajar. hope kite boleh meet lame2. kbai. ilysm. muah. ;x


*tunggu aku balik ye. tkah the best stalker. haha :)

thankyou friend :(

sehari jee. sehari semua bertukar. dari suka ke duka. semua kenangan hilang SEKELIP MATA. hanya dengan satu teguran bukan CACIAN.semua yang pernah dibina, yang dicipta hilang macam tu je. aku tatau ape masalah kau. aku just tegur kau. selama kita kawan. aku anggap kau sbgi seorang KAKAK yang banyak memberi nasihat kat aku. aku tegur kau sikit jea. semua jadi huru-hara. ak dah minta maaf kat kau. p kau berlagak. ak igt lepas ak gurau mcm biasa gan kau. kau jadi okay balik sabab selama ni kte camtu. tapi hari tuttt. semua jadi lain. yeah. maybe sbb aku selalu mgta org.sbb tu bnd ni jadi kat aku kot. tapi ak rase sbb kau terlalu hipokrit gan diri kau.ak dah agak ad yg ta kene gan hbgn ni. aku biarkan je. now, the show begin :) kau tunjuk belang kau. kau hempas pintu kuat2. kau igt aku ape. kau buat ta layan. kau boleh langgar aku mcm tu je. org yng selama ni kau bergurau,kau peluk,. now kau MAKI. baguslaah. kau kan ramai kawan. n semua org kawan kau. aku tak kisah aku hilang kau. sebab ak ade kawan yg always nak kwn aku. SORRY SEBAB AKU SELALU TERHEGEH2 NAK KAWAN DENGAN KAU. *talk to my hand dear. no forgiveness to you. bye budak k*******. :( whatever you do,whatever you talk. people always talking about you. just u're think u're always good to everybody,its not make u to be a perfect girl my dear. just behave urself. watch ur mouth. satu hari nanti semua akan terbukti. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

~not my job to judge a you as a person.tapi aku ade hak nak tegur keburukan kau. aku minta maaf aku bukan kawan yang baik. sorry for everything sebab cakap pasal kau~

Thursday, November 17, 2011

congrats

hari result UPSR keluar. one of my cousin ambik UPSR {credit to : NURUL IZZAH}. congrats kat dia sebab dapat 5A. :) aku tumpang happy tuk die sebab berjaya mencapai satu kejayaan. yeah! work hard for PMR dear. im always pray for u. ♥

*NURUL IZZAH yang bertudung hitam tuu :)

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

done!

FINAL dah habis. PLEASE pray for me fot the best result. :) INSYAALLAH.

Saturday, November 5, 2011

aidiladha di JOHOR

1st time dalam hidup aku selama 18 tahun ni aku raye sorang :( hmm. mula2 tu rase sedih gileeee. tapi na buat camne kan final nak dekat dah. kalau balik pun membazir kan mase jelaa. lagipun kolej ta bagi balik. okay. so fair tuk semua pelatih :) aku pun redha je laa duk kat kolej ni. so tadi ade program kat surau. 1st tu taknak g sbb tah laa. then tibe2 na g. s prgi. sempat laa solat isyak. then adela mcm program ceramah sikit. tbe2 penceramah tu cakap pasal BERSYUKUR ♥ aku suka sangat tajuk die. rase mcam terdorong untuk tak bersedih even ak sedih sgt. penceramah tu ade la cakap kite kene bersyukur sebab kite masih hidup.kite kene bersyukur sebab dapat menuntut ilmu. kite kene bersyukur dengan tempat yang kite belaja. senang cite kite kene bersyukur dgn yang kita ada.:)

citee yang aku nak tulis ni sal hari raye korban lakk :) so hayatilahh.

Kisah anak-anak Adam adalah cerita filem Indonesia mengenai Nabi Adam A.S., isterinya dan anak-anak pertama mereka. Seperti dituliskan dalam Al-Qur'an, ia menceritakan tentang penciptaan langit dan bumi oleh Allah S.W.T. dan syaitan yang membantah perintah Allah untuk menerima ciptaan Nabi Adam dan disingkirkan dari Syurga dan Syaitan berjanji untuk membinasakan golongan manusia). Bezanya dengan Kitab Bible, Nabi Adam dan Siti Hawa tidak disumpah oleh Tuhan. Tambahannya lagi, mereka dan keturunan mereka tidak menanggung dosa (iaitu golongan manusia) kerana perbuatan memakan buah kalbu (buah ilmu) larangan Tuhan di Syurga kerana bisikan Syaitan yang berhati busuk. Dalam Islam, Adam dan Hawa dimaafkan oleh Allah sebelum mereka berpisah apabila seorang malaikat membawa mereka ke muka bumi.

Adam dan Hawa tiba di berlainan tempat di Bumi dan akhirnya mereka bertemu. Mereka melahirkan empat orang anak: kembar perempuan (Labuda dan Ikrima) dan kembar lelaki (Habil dan Qabil). Qabil sangat dengki terhadap Habil apabila korban kambing biri-birinya diterima, dan pada sebaliknya, kambing biri-biri Qabil tidak diterima. Tambahan lagi, Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil, Ikrima, yang cantik. Qabil juga turut menyintai Ikrima. Syaitan membisik kepada Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Qabil mengangkat batu berat dan menyampaknya ke arah kepala Habil. Habil akhirnya meninggal dunia dengan akibat itu, dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah.

Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang kejam. Beliau sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelakinya yang telah dibunuh. Beliau melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati ditewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanam burung yang sudah mati itu. Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa alaf.