kawan-kawan

Wednesday, February 15, 2012

hebat :)

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan :)tajuk hari ni HEBAT ye kawan-kawan. hope cerita nyee hebat lah kan. aku nak cerita pasal hebatnya ciptaan ALLAH s.w.t .

Daripada sebuah perkenalan jadilah persahabatan dan terbentuk lah sebuah masjid yang di bina dengan satu harapan iaitu PERKAHWINAN (pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar). okayy aku tau semua nak kahwin. lagi-lagi yang tengah HOT-HOT couple tuh kan. hahaha. kahwin tuh indah sangat. apatah lagi kalau kita kahwin dengan pilihan hati kita kan :) tapi kahwin bukanlah satu permainan malah perkahwinan ialah satu IBADAH dalam islam.


Daripada sebuah perkahwinan wujudlah sebuah perasaan antara suami dan isteri untuk mempunyai anak.Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Bukhari)


Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum diproses. Ibu bapalah yang akan membentuk dan membuatnya mengkilap sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya “menjadi” atau tidak.










Indahkan semua ni. MasyaAllah. tak pernah kita terfikir. begitu rapi Allah s.w.t mencipta semua ni. cuba korang tengok video ni. betapa HEBATnya kita dicipta. ♥


bila usia meningkat, kita akan semakin tua.sinarilah hidup kita dengan ibadat yang telah diwajibkan agar ia selari dengan matlamat kita untuk hidup di dunia ini :)




moral daripada apa yang aku cuba sampaikan ni adalah hargailah setiap ciptaanNYA. kerana ciptaanNya begitu unik dan mempunyai fungsi yang tersendiri. hargailah apa yang ada di hadapan mata kita. Hargailah ibu,ayah,adik-beradik,guru,kawan-kawan dan semua orang yang berada di dunia ini.semoga korang faham okay. peace ♥

1 comment: