assalamualaikum kawan-kawan. :)
before awak orang semua baca blog ni. hayatilah lirik lagu ni
WANITA by DEHEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
apa MAKSUD wanita????
W : wadah (kasih sayang)
A : akal
N : nadi
I : istiadzah (mohon perlindungan)
T : taat
A : amanah
indah betul WANITA dijadikan. indah betul maksud WANITA. indah betul peranan WANITA. indah betul WANITA di sisi lelaki. indah betul menjadi WANITA.
WANITA diciptakan untuk LELAKI.
wanita sangat merupakan insan yang unik. insan yang berhati lembut. insan yang ingin dikasihani. insan yang ingin dibelai.peranan wanita sangat besar. salah satunya mestilah mengandungkan dan melahirkan insan yang digelar anak. sebab tulah SYURGA kita di bawah kaki ibu kita. setiap kata-kata ibu kita merupakan satu doa tetapi setiap kata dari ayah hanyalah kata-kata dan setiap doa dari ayah merupakan satu doa.wanita juga merupakan insan yang menjadi pendamping kepada lelaki ketika susah atau senang.jadilah wanita yang menjadi isteri di rumah, kawan ketika di luar, dan penunjuk jalan kebenaran ketika suami di dalam kesusahan.wanita juga membawa kejayaan kepada sebuah kerajaan dan wanita jugalah meruntuhkan sebuah kerajaan.besarkan peranan sebuah wanita. jadilah kita seorang wanita yang solehah. jadilah kita sebagai anak dan isteri yang solehah. insyaAllah.
-setiap apa yang dikatakan untuk kali ini adalah cetusan idea aku lepas dengar ceramah sempena sambutan maulud. apa yang ditulis hanyalah pandangan aku semata-mata. harap setiap yang ditulis tidak menguris hati korang. hope all of of u enjoy the reading :)
Friday, February 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment