kawan-kawan

Saturday, February 11, 2012

wanita solehah :)

~ASSALAMUALAIKUM~



:) lama tak update blog sebab ketandusan idea. so bile bangun pagi je terasa na update blog tentang WANITA SOLEHAH ♥ . semua wanita kat dunia ni nak jadi wanita solehah kan. indah betul kalau dapat jadi wanita solehah. nak menjadi wanita solehah tak susah tapi tak senang jugak.nak jadi wanita solehah ni ada 2 syarat je.antara syaratnya adalah taat kepada Allah s.w.t & rasul dan taat kepada suami.mudahkan tapi susah untuk kita laksanakan semua ni. sebab banyak syaitan disekeliling kita yang cuba mensesatkan kita.


untuk mentaati Allah & Rasul :

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat

- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah

- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada bersamanya

- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa

- Berbuat baik kepada ibu & bapa

- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang

- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa

- Bersikap baik terhadap tetangga

untuk mentaati suami :

- Memelihara kewajipan terhadap suami

- Sentiasa menyenangkan suami

- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.

- Tidak cemberut di hadapan suami.

- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur

- Tidak keluar tanpa izin suami.

- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami

- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran

- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik & kecantikannya serta rumah tangga

~mencintai suami itu perkara yang indah tetapi ingatkanlah kepada suami kita bahawa dia orang yang ketiga dalam hati kita kerana yang pertama ialah Allah s.w.t dan yang kedua ialah Rasul.~
selamat membaca:)

No comments:

Post a Comment